Detik2 sebelum Ulang tahun Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, May 9, 2010

Wanita Tua Itu

Ku coretkan secebis lagi isi hatiku dalam ruangan kali ini sempena Hari Ibu.. moga kalian dapat menghayati setiap bait ayat pincangku dengan mata hati..

1990-1996
Tanggal 20.10.90 lebih kurang pukul 2-3am, lahirla si putri comel dari rahim wanita tua itu.. si putri di lahirkan di sebuah rumah dgn bantuan seorang bidan kg.. tak p sepital pon..
Tika pagi menjelma, matahari terbit secara normal di bahagian timur kompas, anak sulung wanita tua itu, seorang putra berusia lingkungan 4 taun bertanya “ mane mak dapat baby nie??”..
Hmm pastu ade lagi adik lelaki merangkap pakcik putri tanya “ bila akak bersalin??”
Agaknya putri tu lahir sopan je kot..
Sbb tu semua tak sedar..

Masa berlalu pergi, dulunya wanita tua itu dipanggil emak oleh si putra, kini apabila si putri bisa berlari dan petah berbicara gelarannya sudah bertukar ibu..
Si putri ni mmg tak boleh di nafikan kecomelannya lah..
(=
putra putri ayah bonda

Bile umor 5 taun, putri pon blajar di skola tabika kemas selama 2 taun sehinggalah berjaya menjadi graduan cemerlang di institusi tersebut..
(=

1997-2002
Zaman kecomelan + kecerdikan + kehingusan yg semakin terserlah..
Well kanak2 kan??
Besela main sane sini, habis baju kotor..
Kasihan pada wanita tua itu terpaksa berpenat lelah mencuci, memasak, mengemas dan me.. segala2 yg patut dilakukan..
Kebahagian wanita tua itu jelas terpancar di wajahnya apabila kedua2 anaknya slalu dpt keputusan cmerlang (nombor 1 & plg rendah nombor 2/3) dlm setiap kali exam..
Hidupnya sbagai surirumah hnya sebagai pemantau anak2nya sementara suami keluar mencari rezeki..
Dan hasilnya,, anak2nya cemerlang..

Sehinggalah berlaku sesuatu diluar jangkaan wanita tua itu..
Wanita tua itu dan anak2nya berpindah ke satu tempat..
Wanita tua itu mula bkerja sbagai pembantu am dan sejak itulah wanita tua itu bertindak sbagai ketua keluarga di dalam rumah..
Mana perginya sang ayah..?
Si putri yg baru berusia 11 taun kini smakin bijak..
Dah mula nk cuba melawa..
Mangsanya adalah alamari wanita tua itu..
Tapi lain pulak jadinya…
Putri terjumpa satu surat yg mmg sgt mudah untuk di fahami..
Berita ibu bapanya berpisah…
Wanita tua itu harus berterus terang segala yg telah terjadi..
(kalian tidak perlu tahu kerna ia hanya sejarah bagiku)

Anak2nya mengerti dan menjalani hidup seperti anak2 insan lain walau ada kata2 sumbang tidak elok mengenai wanita tua itu..
Anak2nya diajar agar menghormati orang lain.. hindarkan lidah bisa manusia durjana..
Dan akhirnya..
Anak2 wanita tua itu ttp cemerlang malah menjadi kesayangan ramai orang..

2003-2007
Putri melangkah ke satu lagi fasa alam remaja..
Mengikut jejak langkah abgnya yg bersekolah di sekolah berasrama dan tinggal jauh daripada wanita tua itu..
Kesedihan berpisah dgn ibu.. kegembiraan muncul bersama rakan2 baru..
Segalanya normal..
Wanita tua bekerja demi menyara anak2..
Anak2 belajar sambil bermain + mula nakal bersama rakan2…
Begitulah remaja…

Pada pertengahan 2005,,
Wanita tua itu disunting untuk menjadi isteri bagi seorang lelaki yg telah kematian isteri..
Wanita tua itu berfikir dan berfikir sedalam mungkin sambil memikirkan baik buruk dan akhirnya membuat keputusan untuk terima lamaran tersebut skaligus menjadi ibu tiri kepada anak2 lelaki itu..
Putra yg sudah matang bersetuju..
Tapi tidak putri yg merasakan wanita tua itu bakal dirampas oleh orang2 asing itu..
Perasaan ketika itu bercampur baur..
Namun hari yg diharap tidak akan mjadi kenyataan akhirnya muncul jua..
Tiada sapa yg perasan bahawa putri itu bjalan disisi ibunya dgn wajah yg cuba dimaniskan sedangkan mata berkaca menanti pecah….
Mulai saat itu, wanita tua itu tidak lagi bekerja dan kembali mjadi suri rumah sepenuh masa..

Ape lagi yg boleh dibuat selain berpura2 gembira??
Bersama orang2 asing itu, putri bersekolah dan mula belajar menerima pembaharuan jumlah ahli keluarga..
Akhirnya,, Alhamdulillah hampir boleh diterima tp tidaklah 100%..

2008-kini..
Wanita tua itu kadang kala sedih dan kadang kala gembira..
Putri bahagia lihat ibunya tersenyum, tp akan rasa marah jika ibunya sedih..
Apabila masa berlalu dan terus berlalu dapat dilihat wanita tua itu semakin bahagia dgn kehidupannya…
Putra putrinya sedang mencari hala tuju kehidupan masing2 demi membahagiakan wanita tua itu..

Wanita tua itu..
Dialah ibuku..
Dialah sahabatku..
Keranamu ku berani hadapi hidup dgn senyuman sedangkan terlalu banyak ranjau untukku ku telan sepanjang hampir 20 tahun usiaku..
Moga 20 tahun akan datang hidupku berubah tanpa terlalu banyak liku untuk ku harungi kerna aku tahu ketika itu ku tak berdaya untuk lakukan pelbagai perkara..
Selagi aku belum bersuami, selagi itu syurga ku terletak di telapak kakimu wahai ibu..

~SELAMAT HARI IBU BUAT BONDAKU~

*Alhamdulillah, aku kini boleh menerima dengan tangan terbuka apabila anak2 buah yg hanyalah “TIRI” ingin bermanja dengan ku.. aku bisa berbual mesra dgn mereka yg bergelar “TIRI” denganku…
Ya Alim..
Moga ia kekal sebegini..
Dan moga Kau sampaikan salam rinduku buat ayahanda ku nun jauh di sana..
Iringilah para malaikatMu bersama ayahanda dan bonda..
Amin~~

No comments:

Post a Comment